kata-kata hikmah


Madu Tiga

Kata-kata Hikmah


6:43 AM

Tips-Tips Mengenal Hati Budi Seseorang

1. Kenal hati budinya

Ya, anda mungkin sudah merasakan bahawa anda sudah kenal pasangan anda ketika anda sedang bercinta dulu kan? Dah 6 tahun bercinta, manakan tidak kenal. Itu salah satunya perkara yang mungkin dijawab. Betul, kita sudah kenal ketika itu dan kita rasanya bahawa pasangan kita begitu ngam dan serasi dengan kita. Mungkin segelintir pasangan sahaja yang kekal seperti ketika bercinta. Tetapi, pastinya ada juga perselisihan di antaranya. Jadi, kenallah hati budinya dengan lebih mendalam lagi. Jangan rasakan bahawa anda sudah 100% kenal pasangan anda ketika bercinta dan anda rasakan ianya sama selepas anda mendirikan rumahtangga. Jadi, masa yang diperlukan mungkin setahun dua juga. Mungkin timbul rahsia-rahsia yang boleh mengejutkan anda juga. Daripada sikap yang terlalu cool kepada pemarah. Apa-apa pun, jangan menyesal kerana setiap pasangan ada kelemahannya sendiri. Terimalah pasangan anda seadanya. Cuba fahaminya dengan baik. Jangan mudah melenting. Perkara kecil jangan dibesar-besarkan. InsyaAllah, anda akan bahagia ke akhir hayat.

2. Jangan terlalu mengharap

Ok, tips kedua ini pula anda janganlah terlalu menaruh harapan yang tinggi terhadap pasangan anda. Mungkin dulu anda minta belikan rantai, pasangan anda terus belikan. Tapi, kini tidak lagi. Mungkin pasangan anda ada sebab-sebab tertentu. Anda perlu ingat, pasangan anda kini telah memikul tanggungjawab yang besar iaitu memberi nafkah kepada anda dan menguruskan ekonomi (kewangan) keluarga. Jadi, anda perlulah mengubah kehendak anda. Janganlah terlalu mengharap setiap perkara yang anda inginkan terus anda dapat.

3. Berterus-teranglah

Haa..ini merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam alam perkahwinan. Biasakan dengan sikap suka berterus-terang supaya anda lebih cepat mengenali hati budi masing-masing. Jangan dipendamkan di dalam hati. Nanti lama-lama meletup pula. Lama-lama memendam rasa, akhirnya membawa pertelingkahan. Cuba biasakan dengan sikap berterus-terang. Dari situ, anda akan nampak diri pasangan anda yang sebenar.

4. Jadilah suami atau isteri yang soleh/selehah

Tanamkan semangat untuk menjadi suami atau isteri yang soleh/solehah. Hidup ini perlu ada tujuan dan matlamat kan? Pasti kita akan memastikan tujuan/matlamat kita itu tercapai. Pasangkan niat anda ketika anda berkahwin. Aku ingin bahagia bersama pasanganku dunia akhirat. Aku inginkan anak yang ramai dan soleh/solehah. Aku ingin menghadapi segala cabaran hidup bersama pasanganku, biarlah apa jua yang bakal menjelma, aku tetap akan setia pada pasanganku. Banyak lagi sebenarnya niat yang baik yang perlu kita tanamkan di dalam diri masing-masing supaya perkahwinan kita mencapai kejayaan. Jika niat sudah baik, InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

5. Jauhi perkelahian

Masa bercinta, perkelahian senang dileraikan. Tetapi, bila sudah kahwin, begitu susah untuk berbaik-baik semula. Ingat, bila anda sudah berkahwin, syaitan ada peranan barunya pula. Masa bercinta dihasutnya kita berbuat dosa melakukan maksiat, tapi bila sudah berkahwin pula dihasutnya untuk kita bercerai-berai. Jadi, tekadkan diri anda dan pasangan anda supaya minimumkan perkelahian. Contohnya, aku ingin pastikan bulan ini tiada langsung pertelingkahan dengan pasanganku. Jika anda sudah berjaya, cuba elakkan pergaduhan untuk bulan seterusnya. Lama-lama anda mungkin mencapai setahun atau dua tahun tiada pertelingkahan antara anda dan pasangan anda. Menarik bukan? Bukankah anda inginkan kebahagiaan? Sanggupkah anda sakitkan hati pasangan anda demi pertahankan ego anda? Ingin puaskan hati anda seorang sahaja ke? Fikirlah perasaan pasangan anda juga.

Itulah tips-tips yang dapat saya berikan buat masa ini. Begitu sesuai bagi mereka yang ingin melalui alam baru iaitu alam perkahwinan. Jangan takut menghadapi cabaran di alam perkahwinan. Ingatlah, perkahwinan ini ada pahit dan manis. Jadi, bersedialah untuk menghadapinya dan cubalah gunakan kepandaian anda untuk mengatasinya dengan cara yang betul dan memberi kebaikan kepada pasangan anda. Jangan ingat bercerai perkara yang mudah untuk menyelesaikan masalah. Banyak lagi kaedah yang baik untuk anda berdua selesaikan masalah. Takkan anda ingin sia-siakan masa yang anda habiskan selama anda kenali pasangan anda sebelum ini. Kita inginkan kebahagian, jadi dapatkan kebahagiaan itu. Saya yakin anda di luar sana boleh lakukannya. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Pasti ada. InsyaAllah.

0 comments: