kata-kata hikmah


Madu Tiga

Kata-kata Hikmah


7:10 AM

Lagu Untukmu

Salam..

Lagu ini ditujukan buat teman-teman seperjuangan..
Terimalah Tombo Ati - Opick

7:04 AM

Membina Rumahtangga Bahagia

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendaksemulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunankami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihiitu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasaberdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah iniperlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

[Ummu Ikram]

7:02 AM

Mas Kahwin

Hukum memberi mahar atau mas kahwin adalah wajib dan tidak dibataskan banyak sedikitnya mahar tersebut. Mas kahwin wajib diperolehi oleh isteri daripada suaminya.
Berdasarkan undang-undang, mas kahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya semasa pernikahan dijalankan di hadapan dua orang saksi. Biarpun terdapat negeri-negeri yang menetapkan kadar mas kahwin, namun ia bukanlah kadar yang tetap dan perlu dipatuhi. Antara syarat-syarat mas kahwin adalah:

• benda yang suci
• milik suami
• mesti ada manfaatnya
• sanggup menyerahkannya
• diketahui bendanya, sifatnya dan jumlahnya

7:01 AM

Perempuan Yang Haram Dinikahi

Islam telah menetapkan beberapa kategori wanita atau perempuan yang haram dinikahi oleh lelaki. Antara wanita atau perempuan yang dilarang untuk dinikahi dalam Islam adalah yang mempunyai ciri-ciri di bawah:

• Keluarga
• Menyusu
• Semenda
• Permaduan
• Kafir
• Isteri orang
• Di dalam iddah

Perempuan yang haram dinikahi sebab keluarga:

• Ibu
• Anak perempuan
• Saudara perempuan
• Adik perempuan sebelah emak
• Adik perempuan bapa
• Anak perempuan abang
• Anak perempuan adik


Perempuan yang haram dinikahi sebab susuan:

• Ibu susuan
• Anak perempuan susuan
• Anak kandung lelaki / perempuan
• Adik perempuan emak susuan
• Adik perempuan bapa
• Anak perempuan saudara susuan


Perempuan yang haram dinikahi sebab semenda (mempunyai talian kekeluargaan):

• Mertua perempuan
• Ibu tiri
• Menantu perempuan
• Anak perempuan tiri


Perempuan yang haram dinikahi sebab persemaduan:

• Saudara perempuan isteri (adik/kakak ipar)
• Saudara perempuan sebelah bapa isteri (mak saudara)
• Saudara perempuan sebelah ibu (emak isteri)


Perempuan yang haram dinikahi sebab kafir/isteri orang/isteri di dalam iddah:

• Orang lelaki Islam haram nikah dengan perempuan kafir kecuali kafir kitabiah.
• Orang perempuan Islam haram nikah dengan lelaki kafir sekalipun kitabiah.
• Haram nikah isteri orang sekalipun telah diceraikan jika belum tamat iddahnya.

7:00 AM

Syarat-syarat sah dua orang saksi

• Baligh
• Berakal
• Lelaki
• Beragama Islam
• Adil (tidak fasik)
• Merdeka
• Mendengar
• Melihat
• Berkata-kata
• Mengerti maksud ijab dan qabul
• Tidak kurang ingatannya
• Menjaga maruahnya

* Jika ada wali yang sepatutnya menjadi wali, tetapi telah mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah.

6:59 AM

Syarat-syarat sah bagi wali:

• Baligh
• Berakal
• Merdeka
• Lelaki
• Tidak fasik
• Tidak dipaksa
• Tidak sedang di dalam ihram
• Tidak rosak fikirannya

6:57 AM

Susunan Wali

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti berikut :-

Bapa Kandung
Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
Adik Beradik Lelaki Sebapa
Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
Anak Saudara Lelaki Sebapa
Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
Wali Hakim

Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.